SEBELUM berlakunya 'musim' jerebu, lima syarikat telah bersatu bagi menggalak lebih banyak syarikat menggunakan minyak kelapa sawit yang dihasilkan tanpa mencemarkan udara.
Dikenali sebagai Singapore Alliance on Sustainable Palm Oil, kumpulan itu berharap usaha mereka akan mengurangkan amalan pembakaran digunakan dalam pengeluaran minyak kelapa sawit sehingga menyebabkan jerebu.