PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati tiada telur tiruan yang menyerupai telur asli dijual di pasaran tempatan, seperti yang disebarkan melalui laman sosial akhir-akhir ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan menganggap serius isu tersebut dan telah menjalankan siasatan.