JENAMA Singapura yang terkenal di persada dunia telah membolehkan Cik Lydia Ismail Milne, pemilik sebuah pusat dan produk rawatan keguguran rambut, melebarkan sayap ke luar negara.
Beliau, yang menubuhkan jenama BioRevive Gro, telah menjalin kerjasama dengan rangkaian salun Authentic Angels Salon and Spa di Dubai dengan menubuhkan dua cawangan di sana dan sebuah cawangan di Abu Dhabi.