Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

MAS: Dinar bukan wang sah di Singapura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MAS: Dinar bukan wang sah di Singapura

Jun 03, 2014 | 06:47 PM



DINAR tidak boleh digunakan di Singapura bagi tujuan urus niaga, termasuk membayar kos haji, mahar atau zakat, kerana ia bukan wang sah atau legal tender, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS).


Bagaimanapun, mata wang itu boleh dipasarkan sebagai alat penyimpanan harta untuk kegunaan peribadi.


Dalam jawapannya kepada Ekoniaga, MAS dalam satu kenyataan berkata:


"MAS tidak melarang pemasaran dinar di Singapura sebagai alat untuk mengumpul syiling (numismatic) atau barang perhiasan emas."


Tetapi ia tidak boleh digunakan bagi tujuan urus niaga.


Ini kerana "hanya mata wang kertas dan syiling yang dikeluarkan MAS adalah wang sah di Singapura".


Dalam satu kenyataan yang berasingan, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pula berkata penerimaannya terhadap dinar juga tertakluk kepada penerimaan MAS.


"Penerimaan Muis bagi sebarang instrumen sebagai alat pembayaran untuk tujuan zakat, haji atau mahar tidak terlepas daripada penerimaan instrumen itu sebagai wang yang sah oleh MAS," menurut kenyataan tersebut




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >