Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

MAS mahu maklum balas bagi rancangan ubah had duit syiling

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MAS mahu maklum balas bagi rancangan ubah had duit syiling

Mar 16, 2017 | 02:19 PM



PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) bercadang menukar had wang sah bagi duit syiling dan akan mendapatkan maklum balas orang ramai sebelum membuat keputusan.



Ia mengumumkan ini dalam sebuah kertas rundingan pada Khamis (16 Mac).



Had wang sah merujuk kepada jumlah maksimum sesuatu duit syiling yang boleh digunakan bagi pembayaran dalam satu transaksi.



Di bawah Akta Mata Wang, had sedia ada ialah $2 bagi setiap denominasi lima sen, 10 sen dan 20 sen syiling, dan $10 untuk syiling 50 sen.



Tiada had semasa bagi pembayaran menggunakan syiling satu dolar.



MAS mencadangkan had wang sah seragam sebanyak 10 duit syiling bagi setiap denominasi dalam satu transaksi untuk semua denominasi.



Ini bermakna pembayar boleh menggunakan hingga 10 keping setiap duit syiling lima sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan satu dolar bagi setiap transaksi.



MAS berkata di laman webnya bahawa pertimbangan utama bagi perubahan yang dicadangkan itu ialah membuat had tersebut mudah dan mudah ingat serta meminimumkan kesulitan dan kos dalam pengendalian jumlah besar mata wang denominasi rendah.



Dalam menyarankan had baru itu, MAS juga meninjau sampel rawak orang ramai dan mendapatkan pandangan pelbagai persatuan perniagaan.



Rundingan awam akan diadakan dari 16 Mac hingga 6 April 2017. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web MAS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >