Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

MAS periksa operasi beberapa bank berkaitan 1MDB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MAS periksa operasi beberapa bank berkaitan 1MDB

Jul 18, 2016 | 08:37 AM



PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) sedang memeriksa beberapa bank, termasuk UBS dan DBS Group Holdings, untuk melihat apakah mereka melanggar peraturan antipengubahan wang haram dalam mengendalikan urus niaga yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut tiga orang yang mempunyai pengetahuan tentang perkara tersebut.



MAS sedang mengkaji beberapa aspek operasi bank-bank itu, seperti apakah mereka cukup cermat dalam mengetahui siapa pelanggan mereka dan apa sumber dana mereka, dan apakah mereka lebih berhati-hati dalam memeriksa orang terdedah kepada politik, seperti pegawai kerajaan, ujar sumber perbankan dan undang-undang.



Siasatan MAS boleh membawa kepada tindakan denda dan hukuman lain jika kesilapan ditemui, kata sumber yang enggan dikenali. Tidak jelas urus niaga bank yang mana satu sedang diperiksa.



Falcon Private Bank dan Coutts Antarabangsa, dua bank Switzerland yang dimiliki Union Bancaire Privee, yang berpangkalan di Geneva, juga dalam kalangan bank yang diperiksa, kata mereka.



UBS, Coutts dan DBS enggan mengulas. Apabila ditanya mengenai pemeriksaan MAS itu, jurucakap Falcon yang berpangkalan di Zurich berkata: "Kami telah telus dalam berkongsi pandangan kami dan tidak mempunyai apa-apa untuk ditambah."



Falcon, yang dimiliki salah sebuah dana kekayaan negara terkemuka di dunia, International Petroleum Investment Company, yang dimiliki Abu Dhabi, sebelum ini telah berkata ia telah berhubungan dengan MAS dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.



MAS sedang berunding dengan beberapa bank dan akan membuat pengumuman mengenai sembarang tindakan punitif terhadap mereka selepas pemeriksaan itu selesai, kata sumber tersebut. Butiran penuh tidak diketahui pada peringkat ini.



Tindakan terkini MAS itu menyusuli keputusannya pada Mei untuk menutup operasi bank swasta Switzerland, BSI, di Singapura kerana pelanggaran serius peraturan antipengubahan wang haram.



Itu kali pertama dalam tempoh 32 tahun MAS mengambil sembaran g tindakan terhadap sebuah bank. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >