Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

MAS: Pertumbuhan ekonomi Singapura masih lempap dek ekonomi global suram

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MAS: Pertumbuhan ekonomi Singapura masih lempap dek ekonomi global suram

Jul 25, 2016 | 02:20 PM



PERTUMBUHAN ekonomi Singapura masih lembap berikutan prospek global yang suram, kata Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Encik Ravi Menon.



Ketidakpastian sekitar Brexit akan menjejaskan ekonomi Kesatuan Eropah (EU), manakala terdapat kekurangan permintaan perdagangan dan pelaburan dari Amerika Syarikat, ujar beliau semasa taklimat laporan tahunan MAS pada Isnin (25 Julai).



Dengan latar belakang itu, prestasi ekonomi Singapura pada separuh kedua 2016 akan sama dengan separuh pertama - apabila ekonomi tumbuh pada purata 2.2 peratus tahun ke tahun - dengan beberapa "turun naik dari bulan ke bulan".



"Kelompok perdagangan menunjukkan tanda-tanda awal kemantapan dengan peningkatan dalam segmen tertentu," kata Encik Menon, merujuk kepada pertumbuhan berurutan sektor elektronik pada April dan Mei.



Bagaimanapun, sektor perkhidmatan moden, seperti perkhidmatan kewangan dan kejuruteraan, akan mengalami pertumbuhan lebih perlahan daripada sebelum ini.



"Unjuran pertumbuhan pada 2016 ialah 1 hingga 3 peratus. Kementerian Perdagangan dan Perusahaan dan MAS sedang mengkaji julat ini," tambah Encik Menon.



Sementara itu, MAS bercadang mengekalkan pendirian dasar kadar pertukaran semasa Singdollar, kecuali berlaku perubahan ketara dalam prospek inflasi.



Pada April, MAS bertukar kepada kadar peningkatan sifar peratus bagi kadar tukaran efektif Singdollar.



Kadar inflasi teras Singapura mungkin berada pada kadar purata sekitar 1 peratus, dan trend ke arah purata sejarah hampir 2 peratus pada 2017, kata Encik Menon.



"Terlalu awal" juga, kata beliau, untuk menghentikan langkah-langkah penyejukan hartanah, ujarnya.



"Kunci kira-kira isi rumah telah mula mengukuh, dengan hutang isi rumah tumbuh pada kadar tahunan sederhana 1.7 peratus pada suku pertama 2016, turun daripada 8 peratus dalam tempoh lima tahun lalu.



"Tetapi perjalanan masih jauh, untuk mengukuhkan kebaikan dalam menstabilkan pasaran hartanah dan memulihkan kemampanan hutang isi rumah."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >