TIDAK banyak syarikat makanan dan minuman (F&B) Melayu/Islam yng meneroka dan memanfaatkan teknologi terkini untuk meningkatkan daya penghasilan mereka serta memaksimakan potensi mereka.
Walhal terdapat pelbagai mesin dan alat automasi yang ditawarkan dalam pasaran untuk digunakan, ujar pakar automasi makanan yang juga Pengerusi Persekutuan Kulinari Halal Singapura (SHCF), Cef Akber Ali.