SYDNEY: Mata wang paun diniagakan 0.50 sen lebih rendah berbanding dolar Amerika pada awal dagangan di Asia semalam sehari selepas Perdana Menteri Britain, Cik Theresa May, berkata bahawa Britain akan memulakan proses rasmi meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) sebelum akhir Mac depan.
Mata wang paun diniagakan pada AS$1.2921 selepas merosot serendah AS$1.2902 pada satu ketika - yang terendah sejak pertengahan Ogos lalu.