MASYARAKAT Melayu yang minat kepada industri maritim kini berpeluang menceburi industri tersebut.
Seminar Kerjaya @ Maritim anjuran Mendaki Sense sempena Hari Maritim Sense 2014 esok mendedahkan peserta kepada pelbagai sektor industri, jawatan serta keperluan industri itu. Program yang didana oleh Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) itu menyasar kepada setiap golongan usia.