SEBUAH jawatankuasa eksekutif (eksko) Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) baru yang diterajui oleh Presiden, Encik Muhammad Shamir Abdul Rahim, telah dibentuk menyusuli Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang ke-58 semalam.
Pasukan seramai sembilan anggota eksko dan enam lembaga pengarah itu akan memimpin Dewan dari 2017 hingga 2019.