Minyak: Anggota, bukan anggota Opec hampir akur stabilkan harga

MARGARITA ISLAND (Venezuela): Presiden Venezuela, Encik Nicolas Maduro, berkata pada Ahad (18 Sep) bahawa anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (Opec) dan bukan Opec kini hampir mencapai perjanjian untuk menstabilkan pasaran minyak dan beliau menyasarkan satu perjanjian diumum bulan ini.

Anggota Opec mungkin mengadakan mesyuarat luar biasa untuk membincangkan harga minyak jika mereka mencapai kata sepakat pada perhimpunan rasmi di Algiers bulan ini, kata Setiausaha Agung Opec, Encik Mohammed Barkindo, semasa lawatan ke Algeria, lapor agensi berita negara APS pada Ahad.

Encik Maduro, yang bercakap pada akhir sidang puncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) di Pulau Margarita, Venezuela, tempat diplomat juga bertemu untuk membincangkan pasaran minyak, berkata perjanjian tersebut akan dicapai.

"Kami telah mengadakan mesyuarat dua hala panjang dengan Rouhani. Kami hampir mencapai perjanjian antara negara pengeluar Opec dan bukan OPEC," kata Encik Maduro dalam satu sidang akhbar.

Presiden Iran, Encik Hassan Rouhani, yang menghadiri sidang puncak itu, berkata Teheran menyokong sembarang langkah untuk menstabilkan pasaran minyak global dan menaikkan harga, menurut agensi berita Kementerian Minyak Iran, Shana.

Venezuela telah bertahun-tahun meminta dicapai satu perjanjian minyak memandangkan ekonominya terjejas dek harga rendah minyak, dan sering berkata ia hampir mencapai persetujuan.

Anggota Opec akan bertemu di luar acara Forum Tenaga Antarabangsa di Algeria dari 26 hingga 28 Sep. Russia, pengeluar bukan Opec juga menghadiri forum itu.

Opec mungkin menghidupkan semula perbincangan mengenai pembekuan tahap pengeluaran minyak apabila ia memenui negara bukan anggota di Algeria, menurut sumber. - Reuters

Galeri Foto

Waktu Solat

Subuh
5:52
Syuruk
7:14
Zuhur
1:16
Asar
4:39
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
3 HR PSI: 54
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,013.120 -11.950