SATU misi dagangan ke Semarang dan Yogyakarta sedang berlangsung bagi meneroka peluang perniagaan dalam pelbagai sektor di dua bandar Indonesia itu.
Anjuran Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), misi lima hari bermula kelmarin disertai oleh 19 anggota delegasi termasuk wakil kanan daripada dua agensi pemerintah, International Enterprise (IE) Singapore dan Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA).