SYARIKAT yang bertindak sebagai 'orang tengah' bagi mempromosi atau menyelaraskan tuntutan faedah skim Kredit Produktiviti dan Inovasi (PIC) boleh didenda jika satu pindaan Akta Cukai Pendapatan dilaksana.
Ini bertujuan mencegah penyalahgunaan skim PIC, yang memberi ganjaran tunai atau potongan cukai kepada syarikat yang melabur dalam peningkatan inovasi dan produktiviti. Skim itu diperkenal pada 2010 dan ditadbir Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras).