Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Moody's: Pulangan lebih rendah GIC, Temasek tidak mungkin jejas penarafan kredit Singapura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Moody's: Pulangan lebih rendah GIC, Temasek tidak mungkin jejas penarafan kredit Singapura

Aug 18, 2016 | 10:06 AM



PULANGAN lebih rendah daripada syarikat pelaburan Temasek Holdings dan GIC tidak mungkin menjejas penarafan kredit Singapura pada jangka pendek, kata agensi penarafan Moody's.



Ini kerana rizab fiskal kukuh Singapura akan bertindak sebagai penampan sekalipun keadaan serius berlaku, sementara peraturan pengeluaran ketat pula mengehadkan kesan ke atas rizab.



Bulan lalu, Temasek melaporkan nilai portfolionya merosot 9.02 peratus pada 31 Mac berbanding tahun lepas, kejatuhan pertama sejak krisis kewangan pada 2009.



Tidak lama kemudian, GIC melaporkan pulangannya merosot. Kadar pulangan tahunan sebenar 20 tahunnya - penanda aras paling pentingnya - ialah 4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, turun daripada 4.9 peratus pada tahun sebelumnya.



Dana kekayaan negara itu juga memberi amaran mengenai tempoh lebih sukar pada masa akan datang, dengan menyatakan prospek pertumbuhan global sederhana manakala kadar faedah rendah akan menjejaskan hasil pelaburan.



Moody's bersetuju dengan prognosis pulangan lemah itu, sambil menyatakan kelembapan China dan Brexit boleh mengurangkan lagi pulangan.



Bagaimanapun, ia menambah bahawa pulangan berkurangan itu tidak mungkin menyakiti belanjawan pemerintah Singapura, sekurang-kurangnya pada jangka pendek dan sederhana.



GIC dan Temasek, bersama Penguasa Kewangan Singapura (MAS), menyumbang kepada belanjawan negara melalui skim yang dipanggil Pulangan Pelaburan Bersih (NIR).



Di bawah rangka kerja NIR, pemerintah boleh membelanjakan hingga separuh daripada pulangan sebenar jangka panjang yang dijangka, termasuk keuntungan modal, daripada aset relevan GIC, MAS dan Temasek.



"Kami tidak menganggap kegelinciran fiskal sekali, yang berpunca daripada kejatuhan jangka pendek pulangan, sebagai status negatif kredit. Ini kerana Singapura mempunyai penampan fiskal mencukupi untuk menampung defisit sedemikian bagi tempoh terdekat hingga sederhana," kata Moody's.



Pada masa sama, sekalipun pulangan pelaburan Temasek dan GIC jatuh, ia besar kemungkinan merosot secara beransur-ansur, tambah Moody's.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >