Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Moody's rendahkan ramalan pertumbuhan ekonomi Singapura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Moody's rendahkan ramalan pertumbuhan ekonomi Singapura

Jun 30, 2016 | 11:17 AM



RAMALAN pertumbuhan ekonomi Singapura bagi tahun ini direndahkan lagi, kali ini oleh agensi penarafan Moody's.



Moody's berkata pada Rabu (29 Jun) ia telah mengurangkan ramalan pertumbuhan kepada 1.6 peratus daripada unjuran awal 1.8 peratus.



Ramalan itu adalah di paras lebih rendah pertumbuhan antara 1 peratus dan 3 peratus yang diramal pemerintah.



Ia juga lebih rendah daripada ramalan daripada satu tinjauan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) ke atas ahli ekonomi sektor swasta yang dikeluarkan awal bulan ini, iaitu 1.8 peratus.



Cik Anushka Shah, Penolong Naib Presiden dan penganalisis di Investors Service Moody's di Singapura, berkata ramalan itu dikurangkan disebabkan dua faktor utama - kesuraman perdagangan global dan kaitan rapat perdagangan dan kewangan Singapura dengan China.



"Selain itu, kita melihat kelembapan dalam sektor runcit dan penggunaan sektor swasta lebih rendah, yang mengheret pertumbuhan secara keseluruhan," katanya.



Sinar harapan Singapura ialah pertumbuhan dalam penggunaan sektor awam, ujar Cik Anushka, sambil menyebut peningkatan berterusan dalam prasarana sektor awam, seperti peluasan Lapangan Terbang Changi.



Laporan kredit tahunan Moody's menekankan bahawa penarafan Aaa dan prospek stabil Singapura mencerminkan pendapatan per kapita tinggi, daya saing ekonomi, perangkaan fiskal kukuh, institusi mantap dan asas kredit kukuh pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >