Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

M'sia mahu pinjam wang dari China bagi projek kereta api KL-Kelantan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

M'sia mahu pinjam wang dari China bagi projek kereta api KL-Kelantan

Oct 24, 2016 | 11:02 AM



BENTONG (Pahang): Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata beliau akan cuba bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendapatkan pinjaman mudah daripada China bagi projek Hubungan Rel Pantai Timur RM55 ($18.3 bilion), semasa lawatan mereka ke Beijing minggu depan.

Datuk Seri Najib minggu lalu mengumumkan rancangan laluan kereta api 600km yang menghubungkan Kuala Lumpur ke ibu negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan. Beliau menyebut jumlah kos projek itu buat kali pertama dalam ucapan Belanajwan Jumaat (21 Okt) dengan berkata projek tersebut akan dibina secara berperingkat.

Datuk Seri Najib berkata Hubungan Rel Pantai Timur, yang berakhir di bandar Tumpat di utara Kelantan, akan menjadi mangkin bagi pertumbuhan seterusnya tiga negeri pantai timur itu.

Ia sebahagian daripada rancangan lebih besar untuk merangsang ekonomi tiga negeri itu di bawah pelan induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

Datuk Seri Liow berkata fasa pertama landasan kereta api itu ialah pembinaan dari Kuala Lumpur ke Kuantan, ibu negeri Pahang. Ia akan lewat Pelabuhan Kuantan, pelabuhan terbesar di pantai timur Malaysia. Beliau berharap projek itu boleh dimulakan tahun depan dan siap menjelang 2022.

Projek kereta api, kata Encik Liow, akan membolehkan Pelabuhan Kuantan menjadi hab di mana kargo dari Asia timur boleh melalui Kuantan untuk ke Pelabuhan Klang di Selat Melaka dan sebaliknya. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >