Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Mula-mula buka hostel, kemudian miliki bersama beberapa kafe

May 20, 2018 | 05:30 AM



MENGINAP di hostel 'backpacker' menjadi pilihan Encik Mustaffa Kamal setiap kali melancong ke luar negara.



Berbeza dengan tinggal di hotel, pengalamannya diperkaya apabila dapat berinteraksi dengan pelancong dari luar negara yang turut menginap di bilik sama di hostel itu.



Gemar dengan gaya hidup itu, anak muda berusia 33 tahun itu terdorong membuka The ShopHouse, The Social Hostel, di Arab Street sejak 2012 bersama rakan kongsinya, Encik Calvin Seah, yang juga seusia dengannya.



Selepas lulus dengan Sarjana Muda dalam psikologi daripada Universiti Nasional Singapura (NUS), beliau melancong ke Amerika Syarikat.



Namun seperti anak muda yang melancong dengan bajet rendah, beliau memilih tinggal di hostel.



"Saya boleh tinggal di hostel dengan harga AS$10-20 sehari dan berjumpa pemuda lain dari luar negara, mendengar aspirasi dan cerita kehidupan mereka,'' kata Encik Mustaffa yang pernah bekerja sambilan sebagai seorang penyelamat atau life guard di sebuah kawasan pantai di New Jersey untuk menampung kehidupannya selama beberapa bulan di Amerika Syarikat.



Pada hari pertama beliau menjadi penyelamat di New Jersey, seorang budak perempuan berkulit hitam berusia sekitar 10 tahun hampir mati lemas.



"Saya terjun dan dapat menyelamatkan budak itu, sambil menerima sorakan orang ramai di sekeliling.



"Saya terkesan dengan sambutan itu dan berbisik kepada diri saya bahawa kerjaya saya mungkin untuk menyelamatkan orang,'' ceritanya.



Sekembalinya di Singapura, keinginannya itu dibukukan dulu setelah diterima masuk dalam Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).



Selama tiga tahun di SCDF dengan pangkat kapten, beliau impikan perubahan dalam kehidupannya dan terkenang impiannya membuka sebuah hostel.



Beliau 'terjun botol' dan meninggalkan kerjayanya di SCDF untuk mengejar impiannya itu, langkah yang pada mulanya tidak dipersetujui orang tuanya.



Laluan awal itu tidak semudah diharapkan.



Selama enam bulan, beliau dan Encik Seah, yang dikenalinya di NUS, mencari lokasi sesuai bagi membuka hostel itu.



"Ada tempat yang terlalu mahal atau pemilik kedai tidak mempercayai kami kerana usia kami yang masih mentah yang ketika itu baru mencecah 26 tahun.



"Kami mendapat tahu sebuah tempat yang kosong di Arab Street. Saya beritahu Calvin jika tempat itu tidak sesuai, kita lupakan sahaja impian membuka hostel itu,'' ujar Encik Mustaffa, ketika ditemui di kafenya di Working Title di tingkat bawah The Shophouse di 38A Arab Street.



Tetapi, nasib menyebelahi mereka apabila mereka suka dengan lokasi kedai itu. Kami melabur setengah juta dolar bagi mendapatkan ruang itu.



"Saya menjual kereta dan menggunakan duit simpanan untuk membuka kedai itu yang berada dalam keadaan yang amat buruk.



"Bapa saya yang mempunyai syarikat ubah elok membantu membuat ubah-elok pada kadar 'istimewa','' singkap beliau.



Setelah siap, mereka mula memasarkan hostel itu dalam media sosial dan laman tempahan seperti Agoda untuk menarik pelanggan.



"Kami berdua tidak mempunyai pekerja. Kita sendiri yang sambut tamu, cuci bilik air dan menukar cadar katil,''cerita anak muda itu.



Hostel yang terletak di tingkat dua hingga empat sebuah rumah kedai itu, menawarkan 60 katil dengan bajet yang rendah dari $20 hingga $30 sehari.



Pada mulanya, tingkat satu rumah kedai itu disewakan kepada sebuah kafe lain tetapi apabila pemilik kafe itu keluar, Encik Mustaffa menyewa ruang itu untuk dijadikan kafe bagi menyediakan sarapan bagi pelanggannya.



"Kafe diberi nama Working Title itu dibuka secara kebetulan kerana kami tidak pernah mengimpikan membuka sebuah kafe.



"Kami tidak tahu memasak dan terpaksa belajar membuat kopi dan makanan ringan seperti quiche (makanan pastri barat yang disi dengan gabungan telur, keju, krim, sayur-sayuran atau makanan laut) dan sandwic,'' ujar Encik Mustaffa, yang mengakui tidak bergaji selama dua tahun ketika baru-baru membuka perniagaannya itu.



Kafe dihiasi dengan barang terpakai itu ternyata menarik bukan sahaja pelanggan hostel itu tetapi pelanggan luar.



Melihat banyak kafe 'hipster'di sekitar Kampong Gelam yang menjual makanan yang sama seperti pasta, beliau dan rakan kongsinya memutuskan menumpukan kepada penjualan burger kerana satu-satunya burger dijual ketika itu, burger Tower of Power yang merupakan burger dendeng, merupakan makanan paling laris.



Dari sebuah kafe, beliau dan rakan kongsinya kemudian membuka jenama kafe lain bersama rakan-rakan kongsi lain seperti kafe menjual makanan Mexico, Afterwit - Mexican Taquiera Afterwit di North Bridge Road; kafe menjual makanan Britain, The Mad Sailors di Haji Lane; kafe Santap di Madras Street, yang menjual makanan organik seperti terdapat di Melbourne Santap; serta kafe menjual makanan Catalan, The Great Mischief, juga di Madras Street.



Atap Bar pula, yang terletak di atas hostel milik mereka, menjual minuman mocktail yang halal.



Kecuali Kafe Working Title yang dimiliki Encik Mustaffa dan Encik Seah sahaja, kesemua jenama lain mempunyai rakan kongsi lain.



"Boleh dikatakan, saya tidak pernah mengimpikan membuka sebuah kafe apatah lagi beberapa buah kafe.



"Tetapi, peluang datang apabila ada sahaja orang yang menyarankan ruang kosong untuk membuka kafe,'' ujar Encik Mustaffa yang mengakui sentiasa memikirkan perniagaannya 24 jam sehari.



Setiap kafe yang dibukanya mempunyai konsep unik menjual makanan dari negara tertentu atau makanan tertentu di rumah kedai bagi memberi suasana ala santai yang digemari anak muda zaman sekarang.



"Setiap perniagaan itu pula bagai satu sistem eko bagi saya dan kakitangan belajar antara satu sama lain. Jika seorang pekerja sakit, pekerja lain di kafe lain mungkin diarah bekerja ke kafe lain.



"Saya boleh berada di luar negara selama sebulan tetapi saya tahu, perniagaan itu dapat beroperasi seperti biasa kerana kami mempunyai sistem,'' ujarnya.



"Banyak panduan dalam menguruskan perniagaan ini saya raih hasil mempelajari cara nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw berniaga.



"Buatlah dengan penuh ihsan dan jujur bagi membantu orang lain. Dengan rahmat Allah, rezeki itu akan mengalir,'' tambah Encik Mustaffa dengan yakin.




"Saya boleh berada di luar negara selama sebulan tetapi saya tahu, perniagaan itu dapat beroperasi seperti biasa kerana kami mempunyai sistem.

Banyak panduan dalam menguruskan perniagaan ini saya raih hasil mempelajari cara nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw berniaga. Buatlah dengan penuh ihsan dan jujur bagi membantu orang lain. Dengan rahmat Allah, rezeki itu akan mengalir.''

- Encik Mustaffa Kamal, pemilik bersama sebuah hostel dan beberapa kafe setempat.




SEMBILAN JENAMA DI BAWAH THE BLACK HOLE GROUP



- Hostel The ShopHouse

- Kafe Working Title

- Kafe Afterwit Mexican Taqueira

- Kafe The Mad Sailors

- Kafe The Great Mischief-Catalan Inspired

- Kafe Santap

- Atap

- Perniagaan kanak-kanak dan bayi dalam talian The Thievery

​- Firma penganjur acara dan katering, Mice and Men




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >