Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Negara TPP akan semak pilihan bersama Obama

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Negara TPP akan semak pilihan bersama Obama

Nov 14, 2016 | 09:50 AM



PEMIMPIN 12 negara yang menandatangani Perkongsian Rentas Pasifik (TPP) akan bertemu di luar acara sidang puncak Asia-Pasifik di Peru minggu ini untuk membincangkan jalan ke depan bagi perjanjian perdagangan bebas itu, di tengah-tengah keputusan pilihan raya Amerika Syarikat.



Pengarah Eksekutif sekretariat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec), Dr Alan Bollard, memberitahu akhbar The Straits Times mereka akan menyemak pilihan mereka dengan Presiden Amerika yang bakal keluar, Encik Barack Obama.



Setiausaha Negara Amerika, Encik John Kerry, memberi harapan pada Ahad (13 Nov) bahawa TPP akan diteruskan dengan beberapa perubahan bagi menangani kebimbangan sesetengan orang.



"Ada ruang luas untuk kita membuat ia (perjanjian TPP) lebih baik dan tidak mengetepikannya," kata beliau dalam satu sidang media selepas bertemu Perdana Menteri New Zealand, Encik John Key, di Wellington.



TPP dilihat sebagai perjanjian perdagangan mercu tanda yang menetapkan piawaian mengenai peraturan buruh dan sekitaran, tetapi pemerhati melihat masa depannya terancam di bawah pentadbiran bakal presiden Amerika, Encik Donald Trump, yang menentangnya dan menjadikan ia antara isu penting dalam kempen pilihan raya beliau.



Gabungan 12 negara yang menandatangani perjanjian itu membentuk 40 peratus daripada perdagangan global, dan TPP akan mula berkuat kuasa apabila enam daripada mereka mengesahkannya.



Enam negara itu mesti termasuk Amerika dan Jepun. Dewan Rendah Jepun telah meluluskan perjanjian itu, yang kini dibentangkan di Dewan Tinggi.



Dr Bollard berkata masih ada masa untuk membuat keputusan mengenai tindakan selanjutnya bagi TPP kerana tidak ada tarikh akhir untuk mengesahkannya, walaupun ia tidak boleh dilaksana tanpa Amerika.



Beliau tidak fikir baki 11 negara itu akan hanya melupakan harapan dan dasar umum mereka.



TPP bermula sebagai satu pakatan oleh Singapura, Brunei, Chile dan New Zealand untuk mendesak perdagangan bebas di seluruh Pasifik, dan mendapat sokongan daripada kalangan negara lain yang berfikiran sama.



Dr Bollard berkata ada kemungkinan baki 11 anggota itu meneruskannya tanpa Amerika, tetapi itu akan mengurangkan bentuk perjanjian tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >