ASET di bawah pengurusan (AUM) Singapura meningkat 30 peratus kepada $2.4 trilion pada 2014 berbanding tahun sebelumnya, dedah Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
Menyifatkan peningkatan tersebut sebagai suatu penampilan yang kukuh, MAS menyatakan pertumbuhan yang rancak itu sebilangan besarnya disebabkan kemasukan aset positif hasil daripada pertumbuhan dinamik Asia, di samping kedudukan Singapura sebagai hab pengurusan aset Asia.