Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Nilai dolar S'pura dijangka merosot berbanding dolar AS

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Nilai dolar S'pura dijangka merosot berbanding dolar AS

Dec 16, 2016 | 11:18 AM



NILAI dolar Singapura dijangka merosot ke paras pasca kemelesetan ekonomi jagat 2008 sedang Penguasa Kewangan Singapura (MAS) meneruskan dasar yang lebih ringan, menurut analisa yang dipetik akhbar kewangan antarabangsa Bloomberg, hari ini.



Memetik sumber yang menurutnya telah memberi ramalan yang tepat terhadap tiga keputusan bank pusat itu, pihak penguasa yang menggunakan matawang sebagai alat untuk mengurus ekonomi berbanding kadar faedah, dijangka merendahkan nilai jangkaan dalam ia mengemudi nilai dolar tempatan sedang ekonomi Singapura yang berteraskan eksport berasa lebih perit akibat kelembapan ekonomi China pada 2017.



Ini dinyatakan Encik Vaninder Singh, pakar ekonomi dari NatWest Markets, yang merupakan sebahagian daripada Royal Bank of Scotland Group Plc.



Nilai dolar Singapura dijangka lemah dan merosot di bawah $1.45 berbanding dolar Amerika dalam tempoh enam bulan, kata Encik Singhm paras yang kali terakhir dilihat pada Ogos 2009.



Penurunan nilai hartanah di China, yang merupakan rakan dagangan terbesar Singapura, akan menjejas harapan republik ini, di mana ia berlaku sewaktu pertumbuhan ekonomi menghadapi tekanan disebabkan kelembapan pada rentak perdagangan dunia, ditambah dengan harga minyak yang rendah yang menjejas perusahaan minyak dan gas.



MAS terus mengekalkan kedudukan pada Oktober, selepas melonggarkan dasarnya semasa dua mesyuarat berjadual yang diadakan pada April lalu dan dua kali pada 2015.



"Kami melihat kelembapan yang berterusan dalam pertumbuhan ekonomi Singapura," kata Encik Singh yang berpangkalan di sini.



"Terdapat beberapa cabaran yang datang dari China."



Dolar Singapura mencecah S$1.4424 berbanding dolar Amerika hari ini. Ia susut ke paras S$1.4481 semalam selepas Bank Simpanan Federal menaikkan kadar faedah dan meramalkan kenaikan lebih getir untuk kos pinjaman bagi 2017.



Sedang ramalan Encik Singh adalah selari dengan jangkaan pertengahan untuk nilai matawang sehingga akhir Jun menurut tinjauan pengalisa Bloomberg, pedagang pilihan berasa lebih pessimistik sedang nilai matawang dijangka mencatat penurunan untuk empat tahun berturut-turut.



MAS mengawal nilai dolar Singapura menerusi bandingan dengan sekelompok matawang asing dan membuat perubahan pada rentak peningkatan atau penurunan dengan merubah turun-naik kadar perbezaannya.



Ia bagaimanapun enggan mendedahkan dengan lebih lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >