Nilai dolar S'pura merosot ke paras terendah sejak Ogos 2010

NILAI mata wang Singapura merosot ke paras terendah dalam masa empat tahun setengah selepas Penguasa Kewangan Singapura (MAS) melonggarkan dasar kewangannya.

Ini bagi membolehkan dolar Singapura menghadapi kadar inflasi yang berkurangan dan pertumbuhan yang merosot.

Nilai dolar Singapura merosot sehingga 1.1 peratus - daripada $1.3426 kepada $1.3570 bagi setiap dolar Amerika, pada 9.40 pagi tadi, Rabu.

Ini adalah paras paling lemah sejak Ogos 2010, selepas MAS dalam satu langkah yang tidak dirancang mengurangkan graf jalur mata wang Singapura sambil menyebut prospek lemah bagi inflasi.

Laporan lanjut di laman web akhbat The Straits Times.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 28
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.