Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Nilai ringgit naik sedikit berbanding dolar Amerika

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Nilai ringgit naik sedikit berbanding dolar Amerika

Dec 21, 2016 | 03:23 PM



KUALA LUMPUR: Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari ketiga berturut-turut dalam dagangan awal hari ini, kata peniaga.



Pada 9 pagi tadi, ringgit disebut pada 4.4770/4810 berbanding dolar AS daripada penutup 4.4780/4810 semalam.



Mata wang Malaysia itu kini berada pada tahap paling rendah berbanding dolar Amerika, kebanyakannya disebabkan pengaruh faktor luaran.



Ketua Strategi Pemasaran FXTM, Encik Hussein Sayed, berkata beberapa siri kenaikan kadar faedah pada 2017 akan memperlihatkan pasaran modal daripada ekonomi baharu muncul.



Keadaan ini boleh menjejaskan lagi pasaran mata wang baharu muncul termasuk ringgit.



"Dengan hanya sembilan hari berbaki sebelum penutup 2016, pelabur tidak berminat untuk mengambil risiko yang besar sama ada dalam ekuiti, pendapatan tetap atau pertukaran pasaran asing, menunjukkan bahawa jajaran dagangan mungkin kekal sehingga tahun baharu," katanya.



Bagaimanapun, ringgit didagangkan tinggi berbanding mata wang utama lain.



Berbanding dolar Singapura, ringgit susut kepada 3.0946/0978 daripada 3.0928/0970 pada Selasa, tetapi mengukuh berbanding yen kepada 3.7957/7994 daripada 3.7920/7962. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >