Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

NODX Singapura jatuh 10.6% pada Julai, lebih teruk daripada jangkaan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

NODX Singapura jatuh 10.6% pada Julai, lebih teruk daripada jangkaan

Aug 17, 2016 | 12:22 PM



EKSPORT domestik bukan minyak (NODX) Singapura merosot dengan ketara pada Julai, lebih buruk daripada dijangka, sedang permintaan global tidak menunjukkan tanda pulih, menurut angka yang dikeluarkan International Enterprise (IE) Singapore pada Rabu (17 Ogos).



NODX bulan lepas jatuh 10.6 peratus daripada setahun lalu - lebih teruk daripada kejatuhan 2.5 peratus yang dijangka ahli ekonomi dalam satu tinjauan Reuters dan daripada kemerosotan 2.4 peratus pada Jun lalu.



Eksport ke semua 10 pasaran utama Singapura berkurangan, kecuali EU 28, dengan yang paling teruk terjejas ialah China, Amerika Syarikat dan Indonesia.



Dari segi bulan ke bulan, menggunakan asas yang diselaras mengikut musim, eksport domestik bukan minyak Julai jatuh 1.8 peratus, melanjutkan penguncupan 13.0 peratus pada bulan sebelumnya, kerana kedua-dua penghantaran, elektronik dan bukan elektronik, merosot.



Minggu lalu, IE Singapore meramalkan penguncupan eksport Singapura akan berkurangan pada separuh kedua tahun ini, walaupun perdagangan akan kekal dalam kawasan negatif.



Ia meramalkan NODX mengecut 3 hingga 4 peratus tahun ini, berbanding unjuran awal penguncupan sebanyak 3 hingga 5 peratus.



NODX elektronik menguncup 12.9 peratus tahun ke tahun pada Julai, menyusuli kemerosotan 1.7 peratus pada Jun.



NODX bukan elektronik susut 9.5 peratus, selepas menguncup 2.6 peratus pada Jun.



Jumlah perdagangan pada Julai jatuh 11.1 peratus daripada setahun lalu, menyusuli kemerosotan 5.1 peratus pada Jun.



Jumlah eksport menguncup 10.3 peratus, selepas berkurangan 3.7 peratus pada Jun. Import merosot 12.1 peratus, menyusuli kemerosotan 6.7 peratus pada Jun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >