NODX susut 3.3 peratus pada Januari

NORHAIZA HASHIM

SELEPAS meningkat 6 peratus pada Disember tahun lalu, eksport utama Singapura susut 3.3 peratus bulan lalu.

Kemerosotan Eksport Bukan Minyak Dalam Negeri (NODX) itu lebih buruk berbanding ramalan kemerosotan 1.2 peratus yang diramalkan para pengamat.

Ini disebabkan oleh kemerosotan NODX elektronik sebanyak 17 peratus, lebih tinggi berbanding kemerosotan 3.1 peratus Disember tahun lalu.

NODX bukan elektronik juga tumbuh lebih perlahan sebanyak 3.5 peratus bulan lalu selepas meningkat 10.6 peratus pada Disember.

Kecuali China, Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat dan Indonesia, NODX ke 10 pasaran eksport utama yang lain susut.

Hongkong, Korea Selatan dan Taiwan merupakan penyumbang utama kemerosotan NODX itu.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 32
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.