NTUC: Naikkan sumbangan CPF pekerja 50-55 tahun

ATIYYAH MOHD SAID

PEMERINTAH digesa menaikkan kadar sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi golongan pekerja berusia 50 hingga 55 tahun sebanyak 1 hingga 2 peratusan mata daripada 32.5 peratus sekarang.

Sekurang-kurangnya 1 peratusan mata perlu disumbang oleh pihak majikan, gesa Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) sebagai sebahagian daripada harapannya untuk Belanjawan 2014, yang akan dibentangkan minggu depan.

Langkah itu akan merapatkan lagi jurang perbezaan kadar sumbangan CPF untuk golongan pekerja itu dengan pekerja berumur di bawah 50 tahun, iaitu 36 peratus.

NTUC turut menggesa pemerintah supaya menyemak semula sasaran kadar sumbangan CPF pekerja bagi jangka masa panjang agar ia mengambil kira keperluan dan kos kehidupan masa kini, sambil menyifatkan sasaran kadar yang ada dan ditetapkan pada 2003, sudah 'lapuk'.

NTUC membuat saranan itu sebagai susulan kepada iltizam Timbalan Perdana Menteri Encik Tharman Shanmugaratnam dua tahun lalu, untuk memastikan agar kadar sumbangan CPF bagi golongan pekerja 50 hingga 55 tahun adalah sama dengan pekerja di bawah 50 tahun.

Ini memandangkan majoriti penduduk setempat masih lagi bekerja pada usia 50 hingga 55 tahun serta perlu meningkatkan simpanan persaraan dan kos jagaan kesihatan yang melambung.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 25
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.