OCBC beri 800 pekerjanya tokokan SkillsFuture $500

OCBC BANK akan memberi 800 pekerja tetap bukan eksekutifnya tokokan tunai $500 setiap seorang untuk digunakan bagi kursus-kursus Kredit SkillsFuture, sebagai tambahan kepada $500 yang diberikan pemerintah.

Tokokan tersebut akan dimasukkan dalam akaun bank masing-masing bersama gaji bulan April 2016.

Diberi nama OCBC FutureReady Credit, tokokan tersebut merupakan antara tiga komponen rancangan pembangunan bakat strategik bank itu yang dilancarkan hari ini, Isnin.

Program tersebut menelan belanja hampir $500,000.

Selain pembiayaan yang dapat mengurangkan kos beberapa kursus latihan itu, para pekerja OCBC dan subsidiarinya juga diberikan fleksibiliti untuk menghadiri kursus-kursus yang dijalankan semasa waktu pejabat pada hari bekerja biasa.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 64
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.