Orang beratur nak beli kereta elektrik Tesla model baru

SAN FRANCISCO: Syarikat kereta Tesla telah melancarkan kereta elektrik model baru lebih murah yang dikhususkan untuk pasaran umum.

Kereta tersebut sudah pun menerima lebih 115,000 tempahan dalam tempoh 24 jam lalu.

Kereta Model 3 itu mempunyai harga minimum AS$35,000 ($47,000) - separuh daripada harga dua model yang Tesla jual, iaitu Model S dan Model X yang harganya bermula AS$70,000.

"Jumlah tempahan bagi Model 3 dalam tempoh 24 jam sudah pun melepasi 115,000," kata pengasas Tesla, Encik Elon Musk, semasa pelancaran kereta baru itu.

Model 3 dijadualkan berada di pasaran lewat tahun depan.

Encik Musk menyifatkannya sebagai "langkah terakhir dalam pelan induknya: pasaran umum, kereta dimampui."

Dengan Model 3, Tesla ingin membuktikan ia mempunyai tarikan kepada orang ramai dan menghasilkan kereta secara besar-besaran.

Model tersebut merangkumi sebahagian besar jumlah 500,000 kereta Tesla yang ingin hasilkan menjelang 2020.

Tahun lalu, syarikat tersebut mengeluarkan 50,000 kereta.

Beberapa penganalisis berkata pengumuman tersebut merupakan detik besar bagi Tesla, sama seperti Apple melancarkan iPhone.

Sebelum melancarkan Model 3 itu, orang ramai sudah pun beratur di luar kedai Tesla untuk menempah kereta tersebut.

Penganalisis automotif dari laman Edmunds.com, Cik Jessica Caldwell, berkata:

"Ini sudah tentu merupakan yang pertama bagi automotif industri: barisan orang ramai beratur untuk menempah kereta yang belum ada untuk tempoh selama setahun.

"Jika terdapat sebarang bukti bahawa Tesla akan melonjak menjadi kereta pembeli umum, inilah masanya." - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 48
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.