Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Pakej langganan istimewa Tablet BH dilancar 18 September

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pakej langganan istimewa Tablet BH dilancar 18 September

Sep 17, 2019 | 05:30 AM



LANGGAN BH dan dapatkan tablet Samsung Galaxy Tab A WiFi percuma.



Akhbar ini akan melancarkan promosi langganan istimewa yang membolehkan para pembaca setia BH terus menikmati 'sentuhan' akhbar tradisional namun menerusi alat canggih yang baru.



Dipanggil Tablet Berita Harian (BH), promosi tersebut menyediakan setiap pelanggan dengan tablet Samsung Galaxy Tab A WiFi yang dilengkapi dengan akhbar-elektronik atau e-akhbar BH.



Ini dapat dinikmati dengan yuran langganan hanya $19.90 sebulan bagi tempoh dua tahun.



Mereka yang sudah pun mempunyai pakej langganan BH pula boleh menikmati promosi ini dengan tambahan yuran langganan sebanyak $ 14.90 sebulan sahaja.



Samsung Galaxy Tab A WiFi itu bernilai $398.



Selain dimuat naik dengan e-akhbar BH secara automatik setiap hari, pelanggan bagi Tablet BH itu juga hanya perlu melakukan log masuk sekali sahaja untuk menikmati kandungan akhbar ini.



Dengan skrin seluas 10 inci, tablet tersebut juga memiliki pelbagai fungsi menarik seperti fugsi untuk berkongsi artikel di media sosial, menyimpan artikel yang menarik perhatian dan arkib selama 14 hari.



Ia juga mempunyai fungsi 'zoom in', yang membolehkan anda membesarkan bahagian artikel yang mahu dibaca.



Perincian penuh pakej Tablet Berita Harian (BH) itu, termasuk cara-cara melanggan akan didedahkan esok.



Ikuti perinciannya menerusi akhbar ini, di portal digital BH - www.BeritaHarian.sg atau ikuti kami di Facebook Berita Harian Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >