Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Panel 30 anggota dibentuk teliti strategi ekonomi masa depan S'pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Panel 30 anggota dibentuk teliti strategi ekonomi masa depan S'pura

Dec 21, 2015 | 12:35 PM



SEBUAH jawatankuasa terdiri daripada 30 anggota dari pelbagai industri telah dibentuk untuk membangunkan strategi ekonomi bagi masa depan Singapura.


Diberi nama Jawatankuasa mengenai Ekonomi Masa Depan (CFE), ia dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat manakala timbalan pengerusinya ialah Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Encik S Iswaran.


Antara anggota jawatankuasanya adalah Encik Azmoon Ahmad, Naib Presiden Kanan dan Anggota Pengurusan Eksekutif, Desay SV Automotive; Rakan dan Pengarah Urusan (Singapura), The Boston Consulting Group, Cik Mariam Jaafar dan Encik Saktiandi Supaat, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Kajian Forex, Pasaran Global, Perbankan Global, Maybank Group.


Jawatankuasa itu yang bermatlamat untuk menyelesaikan tugasannya pada akhir 2016, akan menumpukan pada lima bidang utama yang penting untuk pertumbuhan ekonomi negara.


Ia termasuk sektor pertumbuhan dan pasaran pada masa depan serta pekerjaan dan kemahiran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >