DIDORONG azam meningkatkan ekonomi keluarganya, Cik Nurul Ain Abdullah, beralih ke dunia keusahawanan selepas meraih pengalaman empat tahun sebagai penganjur acara dalam sebuah syarikat acara.
Berkelulusan bidang kejururawatan di Kolej ITE Timur, beliau menubuhkan syarikatnya sendiri, My Party Rocks, pada 2010 dengan berbekalkan modal $300 sahaja.
My Party Rocks, yang menganjurkan parti untuk kanak-kanak, kini berjaya menarik sehingga 10 acara setiap hujung minggu dengan sebahagian besar pasarannya adalah keluarga ekspatriat.
Laporan lanjut di Ekoniaga esok