PADA usia 40 tahun, Encik Azmi Zainal sudah pun memiliki empat rumah privet di Singapura yang menjana pendapatan sewa bulanan lebih $6,000.
Bagi pengurus serantau sebuah syarikat berbilang negara (MNC) di Singapura itu, perancangan menjana pendapatan tambahan atau pasif selain gaji yang diperolehi itu sudah dirancangkan sejak awal lagi setelah beliau berkahwin dengan isterinya, Cik Widyanita Johari, seorang mantan guru sekolah.