Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Pasar Tani terbesar bakal dibuka di pusat beli-belah Big Box Januari ini

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pasar Tani terbesar bakal dibuka di pusat beli-belah Big Box Januari ini

Nov 18, 2017 | 05:30 AM



PUSAT beli-belah Big Box merancang menyediakan pasar raya khas yang akan memasarkan produk segar sebagai pilihan kepada orang ramai untuk mendapatkan barangan segar.



Pasar Tani terbesar di Singapura itu akan dibuka tidak lama pada Januari ini.



Big Box, dalam kenyataannya kepada Berita Harian, berkata pasar rayanya itu antara lain akan menyediakan pasar basah borong terbesar dengan produk segar yang diperoleh secara langsung daripada ladang.



Pasar Tani itu bertujuan bukan sahaja menyokong golongan petani bahkan memastikan memenuhi keperluan pengguna dalam mendapatkan barangan keperluan harian.



Ini sekali gus membantu usahawan, pengeluar makanan, penjual daging, buah-buahan dan sayur-sayuran, ujar Big Box.



Pada masa sama, Big Box HyperMart sekali lagi menawarkan harga rendah melalui promosi '8 Unbelievable Lobang'.



Bagi promosi minggu ini, kentang Holland yang didapatkan langsung daripada ladang hanya dijual pada harga 8 sen bagi 100 gram (harga borong pada $5.50 setiap 10 kilogram.)



Minyak pelincir sintetik sepenuhnya dijual pada harga $49 - dengan penjimatan sebanyak 52 peratus daripada harga biasa.



Big Box HyperMart terletak di tingkat satu pusat beli-belah Big Box yang terletak di sebelah pusat beli-belah JEM dan Hospital Besar Ng Teng Fong.



Bagi penggemar barangan elektronik, Comms.box terletak di aras dua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >