PASARAN hartanah London mula menjadi lemah daripada pertumbuhan yang memberangsangkan pada awal tahun ini dan pemaju telah melancarkan usaha pemasaran intensif di Asia untuk meningkatkan jualan.
Encik James Wyatt, pengarah Parthenia Valuation, sebuah firma data dan penilaian bebas, menegaskan bahawa harga apartmen dan rumah di London "menjadi lemah dalam beberapa minggu kebelakangan ini".