SAN FRANCISCO: Apple mengumumkan pekerjanya akan mula masuk kampus "kapal angkasa" futuristik baru di Lembah Silikon April ini bagi memenuhi visi mendiang pengasasnya, Encik Steve Jobs.
Proses memindahkan lebih 12,000 pekerja ke ibu pejabat baru yang dibayangkan Encik Jobs sebagai "pusat kreativiti dan kerjasama" itu dijangka berterusan hingga akhir tahun ini.