Pekerjaan bagi warga meningkat

NORHAIZA HASHIM

JUMLAH pekerjaan baru bagi warga Singapura meningkat tahun lalu setelah rentak pertumbuhan pekerja asing semakin perlahan.

Jumlah pekerjaan baru yang diwujudkan mencapai 134,900 tahun lalu, lebih tinggi dari 129,000 pada 2012, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Warga Singapura menyumbang 66.2 peratus daripada keseluruhan pekerja di Singapura, manakalanya bakinya merupakan pekerja asing.

Kadar pengangguran tidak berubah sebanyak 1.9 peratus secara keseluruhan dan 2.9 peratus bagi warga setempat.

Dalam pada itu, jumlah gaji bulanan nominal bagi warga setempat yang bekerja sepenuh masa meningkat 7.1 peratus kepada $3,480 pada Jun tahun lalu, berbanding kenaikan 5.8 peratus pada tahun sebelumnya.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 27
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.