Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Pelabuhan Singapura kekal mantap tahun lalu walau 'ombak' lebih bergelora

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pelabuhan Singapura kekal mantap tahun lalu walau 'ombak' lebih bergelora

Jan 12, 2017 | 09:37 AM



PELABUHAN Singapura kekal stabil tahun lepas walaupun keadaan ekonomi global lebih bergelora daripada yang dijangka dan terdapat perubahan struktur besar dalam industri maritim.



Sebanyak 30.9 juta kontena bersaiz standard dikendalikan di sini tahun lalu, sama seperti 2015, kata Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam satu kenyataan pada Rabu (11 Jan).



Ia menarik perhatian: "Pelabuhan Singapura mengekalkan jumlahnya dengan stabil walaupun terdapat cabaran - keadaan ekonomi global yang lemah sekarang dan jumlah dagangan lebih rendah, kejatuhan Hanjin Shipping dan ketidakpastian dek perubahan pakatan."



Jumlah tanan (tonnage) kargo yang dikendalikan tahun lalu meningkat 3 peratus daripada 2015 untuk mencapai 593.3 tan.



Secara keseluruhannya, ketibaan kapal mengikut tanan meningkat 6.3 peratus kepada 2.66 bilion tan kasar, ujar MPA.



Singapura juga mengekalkan kedudukan sebagai pelabuhan pengisian minyak kapal terbaik di dunia tahun lalu. Jumlah keseluruhan bahan api kapal yang dijual di sini meningkat 7.7 peratus kepada 48.6 juta tan metrik, daripada 45.2 juta tan metrik pada 2015.



Pejabat Pendaftaran Kapal Singapura juga mengekalkan momentum pertumbuhannya.



Jumlah tanan kapal di bawah bendera Singapura meningkat kepada 88 juta tan kasar, daripada 86.3 juta pada 2015.



Ini mengukuhkan kedudukan republik ini sebagai antara 10 pejabat pendaftaran kapal terkemuka di dunia.



Kelompok maritim menyumbang kira-kira 7 peratus kepada ekonomi Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >