PENCARUM Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang melabur dalam dana di bawah Skim Pelaburan CPF (CPFIS) telah menikmati pulangan purata 2.7 peratus pada suku ketiga tahun ini.
Pada tempoh yang sama, dana amanah saham CPFIS tumbuh 3.06 peratus manakala produk insurans berkaitan pelaburan (ILP) pula berkembang 2.49 peratus, menurut laporan firma kajian dana Thomson Reuters Lipper yang ditukil The Straits Times semalam.