Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Pelabur Indonesia lebih terdorong beli kondo di S'pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pelabur Indonesia lebih terdorong beli kondo di S'pura

Apr 17, 2017 | 10:22 AM



JAKARTA (Indonesia): Pelabur hartanah Indonesia lebih terdorong untuk melakukan pelaburan hartanah di Singapura jika mereka ingin melabur untuk rumah jenis pangsapuri, dan akan ke Australia untuk melabur bagi rumah berhalaman, menurut satu tinjauan yang dilaporkan agensi berita Antara, hari ini.



Keuntungan yang lebih terjamin merupakan sebab utama warga Indonesia membuat pelaburan hartanah di luar negara, menurut tinjauan Indeks Sentimen Kemampuan Perumahan oleh Rumah.com.



Hasil tinjauan diumumkan semalam (16 April).



Pengurus Negara Rumah.com, Encik Wasudewan berkata, pelabur Indonesia memilih untuk melabur di Singapura kerana ia memiliki prasarana yang baik, mantap dan selamat - tiga faktor utama yang menjadi sandaran mereka.



Indeks Sentimen Kemampuan Perumahan merupakan tinjauan tahunan yang dilakukan Rumah.com dengan kerjasama pusat penyelidikan Singapura.



Tinjauan ini melibatkan 1,030 responden sepanjang November hingga Disember 2016.



"Singapura punya akses pengangkutan yang baik, baik di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Apatah lagi Singapura menerima penghargaan sebagai Tempat Terbaik Asia untuk ekspatriat dan menduduki tangga ke-25 terbaik di dunia, menurut tinjauan Mercer bagi Mutu Kehidupan, awal tahun ini," kata Encik Wasudewan.



Hasil tinjauan ini sepadan dengan dapatan Cushman & Wakefield, sebuah syarikat konsultansi hartanah antarabangsa, yang menyatakan pada enam bulan pertama 2016, warga Indonesia membeli 189 bangunan hartanah dalam pelbagai kategori di Singapura, satu peningkatan 23 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2015.



Pembelian yang dibuat warga China dan Malaysia merosot, tetapi pembelian oleh warga Indonesia meningkat 19 peratus bagi suku kedua 2016.



Encik Wasudewan turut ditukil agensi berita itu sebagai menyatakan, pemaju kondominium yang menguruskan penjualan kondominium mewah OUE Twin Peaks di Orchard Road, telah berjaya menjual separuh atau 50 peratus daripada 86 unit yang dibangunkan untuk fasa pertama pada harga $4 juta setiap unit, dan warga Indonesia merupakan pembeli utamanya.



Menurutnya, meningkatnya jumlah warga Indonesia yang membeli hartanah di luar negara juga disebabkan oleh kemudahan teknologi yang membolehkan mereka mendapatkan maklumat dan meneliti pasaran.



Warga Indonesia membeli hartanah di luar negara terutamanya di Singapura adalah bagi tujuan komersil, katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >