Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Pelabur S'pura kekal optimis

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pelabur S'pura kekal optimis

ATIYYAH MOHD SAID
Jan 21, 2014 | 07:32 PM



PARA pelabur individu yang melabur dalam saham dan bon di Singapura kekal positif dalam ramalan pelaburan mereka bagi enam bulan mendatang, menurut satu tinjauan kendalian JP Morgan Asset Management (JPMAM) semalam.


Walaupun secara keseluruhan Indeks Keyakinan JP Morgan susut sedikit, 121 mata pada Disember berbanding 122 pada Jun tahun lalu, paras keyakinan tetap tinggi.


Tinjauan ke atas 501 pelabur menunjukkan 51 peratus membayangkan kesediaan lebih tinggi untuk meningkatkan saiz keseluruhan pelaburan mereka bagi tempoh enam akan datang.


Ini lebih tinggi daripada 46 peratus yang ditinjau pada Jun lalu.


Kata tinjauan itu, ini tidak mengejutkan memandangkan mereka menjangkakan sekitaran ekonomi lebih mantap di Singapura dan sejagat.


Para pelabur ditinjau antara lain melabur dalam saham dan bon.


Tinjauan setiap enam bulan itu, dilakukan sejurus selepas Bank Simpanan Rizab Amerika Syarikat mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan pembelian bon sebanyak AS$10 bilion ($12.8 bilion) sebulan, mulai Januari lalu.


Namun para pelabur yang ditinjau memberikan ramalan kurang menggalakkan bagi kenaikan Indeks Straits Times (STI) atau nilai portfolio mereka.,


Hanya 55 peratus berpendapat bahawa STI akan atau kemungkinan besar akan meningkat, berbanding 62 peratus pada enam bulan lalu.


Selain itu, 48 peratus pula menjangkakan portfolio pelaburan mereka akan meningkat bagi separuh tahun mendatang - lebih rendah daripada 52 peratus sebelum ini.


Tambah tinjauan itu lagi, mereka yang bersedia melabur dalam Amerika meningkat kepada 18 peratus berbanding 12 peratus pada Jun lalu, mencerminkan sentimen lebih pulih terhadap Amerika.


Minat serupa juga dilihat terhadap Eropah, dengan mereka yang ingin melabur dalam rantau itu naik kepada 11 peratus berbanding 6 peratus sementara hanya 29 peratus yang menimbangkan Asia sebagai destinasi pelaburan berbanding 36 peratus, Jun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >