MENJAMU nasi ambeng menggunakan tangan sambil belajar sejarah di sebalik hidangan tradisional Melayu itu.
Itulah pengalaman yang dirasai sekitar 23 pelajar sekolah kulinari terbaik di Amerika Syarikat, Universiti Johnson and Wales, apabila mereka berkunjung ke restoran Rumah Makan Nur Indah@Padang Cuisine di Changi Village semalam.