NILAI perbelanjaan semasa Jualan Raksasa Singapura (GSS) melonjak 2.2 peratus tahun ini berbanding tahun lalu, didorong oleh perbelanjaan lebih rancak di kalangan pelancong, kata tinjauan syarikat kad kredit Mastercard semalam.
Menurut syarikat itu, pemegang kadnya dari luar negara membelanjakan sebanyak $708 juta semasa GSS - meningkat 15.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.