PEMBELI flat dapat mengetahui harga taksiran flat secara langsung daripada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menggunakan sistem jualan semula baru, tanpa perlu mendapat laporan harga taksiran daripada panel penilai.
Dengan menggunakan teknologi dan maklumat harga daripada urus niaga jual beli lampau, HDB akan dapat menentukan harga taksiran flat, kata jurucakap HDB.