PERMINTAAN bagi pembelian rumah di Malaysia dijangka merosot tahun ini ekoran langkah meredakan pasaran hartanah dan sentimen pembeli lebih lemah, menurut firma penilaian antarabangsa, Moody's Investors Service.
Syarikat-syarikat pemaju hartanah yang memasarkan hartanah di Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Selangor dijangka lebih sukar menjual unit-unit rumah, terutama yang melebihi harga RM1 juta dan disasarkan kepada pelabur asing dan warga Malaysia yang mewah.