Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Pengalaman sukar di sekolah jadi bekalan kejayaan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pengalaman sukar di sekolah jadi bekalan kejayaan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank of Singapore, Encik Bahren Shaari, merupakan satu-satunya banker Melayu paling kanan di Singapura. Beliau bermula dari bawah hingga kini menjadi CEO sebuah bank privet milik OCBC Bank. Sejak Encik Bahren menjadi CEO pada 1 Februari 2015, ini kali pertama Berita Harian mewawancara beliau secara eksklusif. Berikut laporan PUAD IBRAHIM (puad@sph.com.sg) yang menyelami jejak jaya kerjayanya hingga ke menara gading.
Jun 26, 2016 | 05:30 AM



PERJALANAN kerjaya Encik Bahren Shaari sebagai satu-satunya banker Melayu tertinggi di sini tidak semudah yang disangkakan.



Beliau memulakan laluannya itu dengan menempuh tempoh yang sukar di sekolah, selain terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga demi tugas.



"Saya sebenarnya tidak cemerlang di sekolah. Semasa mengambil subjek perakaunan, saya terpaksa mengulangi semula kertas peperiksaan perakaunan itu setiap tahun.



"Dalam tahun terakhir, saya terpaksa menduduki semula dua kertas peperiksaan, salah satu daripadanya adalah kertas perakaunan. Yang lagi satu, saya tidak ingat.



"Saya bertungkus lumus untuk menamatkan kursus ijazah perakaunan saya selama tiga tahun di NUS (Universiti Nasional Singapura) ," kata Encik Bahren, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank of Singapore (BOS), ketika memulakan perkongsiannya bersama wartawan tentang kerjayanya.



Semasa menuntut di Maktab Rendah Hwa Chong (HJC) pula, cerita Encik Bahren, beliau pula telah meminta bantuan rakan-rakan sedarjahnya agar menolongnya dalam mengikuti pelajaran di sekolah.



Beliau menghadapi kesukaran memahami beberapa soalan tugasan rumah dan terkial-kial menjawabnya, sedangkan rakan-rakan sedarjahnya sudah pun menghabiskan tugasan itu walaupun kelas tutorial belum habis.



Namun, kesukaran di sekolah itu sebenarnya tempoh bagi beliau mengasah bakat daya ikhtiarnya, yang kemudian dijadikan bekalan semasa beliau mengharungi tangga kerjayanya di perbankan privet.



Encik Bahren juga belajar tentang cara menjalin hubungan kerja yang baik sesama rakan sedarjah, yang dimanfaatkannya untuk membantu beliau menangani kesukaran mengikuti pengajian.



"Satu perkara yang saya belajar ialah jika anda tidak begitu baik dalam sesuatu hal, bekerjasamalah dengan orang yang lebih baik yang boleh membantu dan menyokong anda untuk menyelesaikan apa yang anda mahu lakukan.



"Apabila diingatkan kembali, sifat berdaya ikhtiar itulah yang mungkin telah membantu saya dalam menjalin hubungan kerja dan kerjasama yang baik dengan yang lain," katanya.



Encik Bahren ditemui dalam satu wawancara eksklusif di pejabatnya di Market Street, dekat Raffles Place, Isnin lalu.



BOS merupakan bank privet setempat dan anak syarikat OCBC Bank. Baru-baru ini, ia membeli unit perbankan privet Barclays Bank dengan harga AS$320 juta ($423 juta).



Menurut laporan, pengurusan aset BOS pula telah meningkat hampir 20 peratus pada akhir tahun lalu - daripada AS$46 bilion pada 2013 kepada AS$55 bilion.



Perbankan privet pula merujuk kepada pelbagai khidmat yang diberikan sebuah bank kepada individu-individu bernilai tinggi seperti jutawan dan hartawan, dengan tujuan meningkatkan lagi pertumbuhan kekayaan mereka.



Selain menjadi CEO BOS sejak 1 Februari 2015, Encik Bahren, 54 tahun, juga merupakan pengarah lembaga Singapore Press Holdings Ltd (SPH) dan pengerusi jawatankuasa audit syarikat media itu.



Menceritakan lanjut, Encik Bahren berkata sebelum menyertai perbankan privet, beliau cuba mendapatkan pekerjaan sebagai auditor dalaman sebuah bank tetapi permohonannya gagal.



Beliau kemudian memohon apa sahaja pekerjaan perbankan yang ada, sebelum akhirnya dilamar bekerja sebagai pengurus perhubungan di American Express Bank pada 1981.



Ketika itu, bank tersebut sedang mencari seseorang yang boleh bertutur Bahasa Indonesia, dan oleh sebab beliau boleh bercakap dalam bahasa tersebut, beliau telah diambil bekerja.



Encik Bahren akui ketika mula-mula menceburi sektor tersebut beliau tidak tahu apa itu perbankan privet.



"Ketika itu, ia satu perniagaan yang mudah sebab apa yang kita lakukan ialah mendapatkan pelanggan membuka akaun deposit wang asing," katanya sambil tertawa.



Selepas ditugaskan mendapatkan pelanggan baru di pasaran Indonesia buat beberapa tahun, Encik Bahren kemudian diberikan tanggungjawab sebagai ketua pengurusan pasaran hingga kini menjadi CEO BOS.



Selain bertugas di American Express Bank, beliau juga pernah bekerja di UBS dan ING Bank, yang kemudian dibeli OCBC sebelum ia kini dinamakan semula sebagai BOS.



Namun, pendakiannya ke menara gading terpaksa dilaluinya dengan mengorbankan masa bersama keluarga. Justeru, beliau kini mahu memastikan segala peluang bersama mereka akan ditepatinya.



Ditanya rahsia kejayaannya, Encik Bahren, bapa tiga anak berusia antara 21 dengan 27 tahun, berkata mempunyai bos atau mentor yang selalu memberi sokongan dan peluang adalah penting dalam kerjaya.



Beliau juga banyak membaca kerana percaya usaha itu dapat menjana idea baru dan membantu meningkatkan diri.



Keazamannya pula kental. Jika terdapat sesuatu yang ingin dicapai, beliau akan melaksanakannya dengan penuh azam, walaupun ia mungkin sesuatu yang sukar dicapai.



"Jika orang lain boleh melaksanakannya, kenapa pula tidak saya," ujar beliau.




LALUAN KERJAYA RINGKAS ENCIK BAHREN SHAARI



  • Berpengalaman sebagai banker privet selama lebih 25 tahun

  • Menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Of Singapore (BOS) pada 1 Februari 2015

  • Sandang jawatan Ketua Global Asia Tenggara BOS pada 2010-2015

  • Beliau memainkan peranan penting dalam menjadikan BOS sebagai bank privet pendahulu di pasaran Indonesia dan Malaysia hingga berjaya meningkatkan aset di bawah pengurusan (AUM) sebanyak tiga kali ganda.

  • Sertai pasukan pengurusan ING Asia Private Bank pada 2009

  • Pernah menjadi Pengarah Urusan UBS AG Wealth Management

  • Beliau bertanggungjawab meningkatkan pertumbuhan bank di pasaran Asia Tenggara dan Australia.

  • Anggota Lembaga Pengarah Singapore Press Holdings Ltd (SPH)

  • Pengerusi Jawatankuasa Audit SPH

  • Terima Anugerah Perkhidmatan Awam pada 2008

  • Miliki Ijazah Perakaunan dari Universiti Nasional Singapura (NUS)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >