SYARIKAT maritim seharusnya merebut peluang dalam sekitaran ekonomi yang lebih perlahan ini bagi melatih dan meningkatkan kemahiran pekerjanya.
Kini, banyak syarikat maritim mencari cara mengurangkan kos, khususnya dalam bidang latihan, kata Pengarah Akademi Maritim Singapura (SMA) di bawah Politeknik Singapura, Kapten Mohamad Salleh Ahmad Sarwan.