Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Pengeluaran kilang Singapura tumbuh mengejut 2.9% - tertinggi dalam hampir dua tahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pengeluaran kilang Singapura tumbuh mengejut 2.9% - tertinggi dalam hampir dua tahun

May 26, 2016 | 02:15 PM



PENGELUARAN perkilangan Singapura menikmati kenaikan mengejutkan sebanyak 2.9 peratus pada April berbanding setahun lalu, dibantu oleh pertumbuhan ketara dalam kelompok elektronik dan bioperubatan.



Berbanding Mac lalu, jumlah pengeluaran perkilangan April meningkat 4.8 peratus.



Angka yang dikeluarkan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) pada Khamis (26 Mei) itu mengatasi kemerosotan 0.2 peratus tahun ke tahun dan peningkat 1.6 peratus bulan ke bulan yang diramal ahli ekonomi dalam satu tinjauan Bloomberg.



EDB juga menyemak pengeluaran Mac daripada kemerosotan 0.5 peratus tahun ke tahun kepada pertumbuhan sedikit 0.1 peratus.



Perkilangan Singapura dilanda kemerosotan dan April hanya bulan ketiga sejak Januari 2015 ia mencatat pertumbuhan tahun ke tahun.



Pertumbuhan pada April juga yang paling besar sejak Ogos 2014.



Pada bulan itu, pengeluaran kelompok bioperubatan berkembang 14.9 peratus berbanding setahun lalu. Dalam kelompok itu, segmen farmaseutikal berkembang 17.7 peratus tahun ke tahun.



Pengeluaran kelompok bioperubatan biasanya tidak menentu, tetapi setakat ini pada tahun ini ia telah berkembang 18.6 peratus berbanding tempoh empat bulan pertama tahun lalu.



Elektronik juga menunjukkan prestasi baik, dengan pengeluaran bertambah 10.9 peratus tahun ke tahun hasil pertumbuhan 24.2 peratus segmen semikonduktor.



Sektor kejuruteraan pengangkutan bagaimanapun merosot 12 peratus bulan lalu, sementara sektor marin dan luar pesisir kekal lempap, dengan pengeluaran berkurangan 21.7 peratus.



Dalam sektor lain yang lebih kecil, kelompok pembuatan am merosot 2.6 peratus pada April, manakala pengeluaran kejuruteraan jitu berkurangan 1.9 peratus berbanding setahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >