Anugerah Perniagaan Singapura (SBA) mengiktiraf ahli perniagaan dan perusahaan yang cemerlang dalam pelbagai industri. Kelmarin, seramai empat pemenang menerima pengiktirafan tersebut dalam majlis anugerah anjuran The Business Times dan syarikat logistik global DHL.
PENGERUSI eksekutif Kumpulan PhillipCapital, Encik Lim Hua Min, dinobat Ahli Perniagaan Singapura Terbaik dalam Anugerah Perniagaan Singapura tahun ini.