Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Pengurup kehabisan RM, nilai boleh jatuh hingga 3.15 bagi S$ sebelum 2017

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pengurup kehabisan RM, nilai boleh jatuh hingga 3.15 bagi S$ sebelum 2017

Nov 15, 2016 | 07:58 AM



SEKURANG-KURANGNYA empat pengurup di Change Alley kehabisan mata wang ringgit pada Isnin (14 Nov) apabila ramai orang mendapatkan mata wang yang menjunam itu.



Sementara itu, ada pakar tukaran asing berkata ringgit boleh jatuh ke paras 3.15 berbanding sedolar Singapura (Singdollar) lebih awal dari suku pertama tahun depan (2017).



Seorang pengurup, yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Bill, berkata beliau kehabisan mata wang itu dalam tempoh beberapa jam selepas membuka kedainya kerana beliau terkurang menganggarkan permintaannya, lapor akhbar The Straits Times pada Selasa (15 Nov).



Walaupun kadar yang ditawarkan pada Isnin lebih rendah daripada minggu lalu, masih terdapat permintaan kukuh bagi mata wang itu. Pengurup menawarkan kadar antara 3.01 dan 3.03 bagi satu Singdollar - di bawah kadar hingga 3.05 minggu lepas.



Nilai ringgit tidak menentu sejak beberapa bulan lalu, diterjang pertama oleh kelembapan harga komoditi dan kini oleh kebimbangan bahawa Malaysia akan terjejas teruk jika bakal presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, melaksana tindakan susulan daripada retorik antiperdagangan beliau apabila mengambil alih jawatan itu pada Januari.



Pasaran pertukaran asing sudah mengambil kira kejatuhan lebih banyak mata wang itu. Pada Isnin, ringgit diniagakan pada kadar kira-kira 3.05 bagi satu Singdollar, hampir ke kadar paling rendah tahun ini, iaitu 3.06 pada Januari.



Pakar tukaran asing berkata ringgit akan mengalami lebih banyak turun naik.



Encik Nizam Idris, ketua strategi tukaran asing di Macquarie Bank, berkata sebelum ini beliau meramalkan mata wang itu akan jatuh hingga ke kadar 3.15 bagi satu Singdollar pada suku pertama tahun depan.



Sekarang, beliau berasa ia akan jatuh ke kadar itu lebih awal, memandangkan perkembangan politik di Amerika.



Encik Heng Koon How, ahli strategi pelaburan kanan di Credit Suisse, berkata banyak mata wang Asia telah menjadi lemah, tetapi tekanan ke atas ringgit lebih teruk.



"Rizab tukaran asing Malaysia telah berkurangan, daripada kira-kira AS$120 bilion ($170 bilion) pada akhir 2014 kepada kira-kira AS$98 bilion sekarang," katanya.



"Ini bertentangan dengan negara lain di Asia, di mana kebanyakan bank pusat menikmati pertumbuhan kukuh dalam rizab mereka. Oleh itu, pihak berkuasa Malaysia akan kurang mampu untuk mengurangkan sembarang kejatuhan berlebihan nilai ringgit."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >