Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Peniaga Coklat Singapura ingin buka kilang kedua di Malaysia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Peniaga Coklat Singapura ingin buka kilang kedua di Malaysia

NORHAIZA HASHIM
Apr 11, 2014 | 05:18 PM



PENIAGA coklat Singapura yang berpangkalan di Wales, Encik Firuz Khan, sedang mencari lokasi di Malaysia bagi menempatkan kilang keduanya.


Ia hasil permintaan meningkat di Asia Tenggara bagi coklat keluaran syarikatnya, ChocolateXcellence, yang dihasilkan di kilangnya di Cardiff, ibu kota Wales.


"Kami sedang mencari lokasi bagi membuka kilang di kawasan Shah Alam kerana permintaan bagi coklat kami kian meningkat di rantau ini, yang menyumbang 70 peratus kepada penjualan kami.


"Dengan mempunyai kilang di Malaysia, kami dapat mengurangkan kos pengangkutan tinggi, yang perlu dibayar setiap kali kami menghantar coklat dari Cardiff ke rantau ini,'' kata Encik Firuz, 47 tahun, yang berkelulusan ijazah sarjana pentadbiran perniagaan (MBA) dalam perniagaan antarabangsa dari Universiti Birmingham, England.


Beliau, yang telah enam tahun menjalankan perniagaan coklat di Cardiff, berada di Singapura bagi menyertai Pameran Makanan dan Hotel Asia (FHA) di Singapore Expo dari Selasa lalu hingga semalam.


Chocolate Xcellence mendapat kontrak membekalkan coklat kepada syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) bagi kelas bisnes dan kelas pertama mulai Oktober ini.


Di Singapura, syarikat itu membekalkan coklat kepada empat cawangan kafe Chai Time dan akan membekalkannya kepada cawangan kafe itu di Jakarta, yang akan dibuka tahun ini.


"Kilang kami di Cardiff sekarang menghasilkan 4,000 bar coklat sehari tetapi keupayaannya boleh mencapai 8,000 sehari,'' kata Encik Firuz, yang pernah menjadi pengurus besar syarikat coklat Jepun, Royce Confect International, di Singapura.


Ikutilah laporan selanjutnya di BH esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >